Saturday, 9 April 2016

SEJARAH SEKOLAH

   
SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH

Sekolah Menengah Ugama Arab Al-Ittihadiah Tanjung Pagar merupakan sebuah sekolah menengah agama bantuan kerajaan yang terletak di bawah Kerajaan Negeri Kelantan. Sekolah ini ditubuhkan hasil daripada inisiatif oleh seorang tokoh ugama tempatan yang terkenal iaitu Tuan Guru Haji Che Mat pada tahun 1957 bersamaan 12 Rabiulawal 1377 H dan diberi nama Madrasah Al Ittihadiah yang bertempat di Tanjung Pagar iaitu di tempat sekarang.

Pada mulanya Tuan Guru Haji Che Mat telah mendirikan pondok untuk mengajar penduduk tempatan mengenai ilmu agama yang yang bertempat di Kampung Padang Upih iaitu sebuah Kampung Tanjung. Beliau sendiri yang mengajar dipondok tersebut. Akan tetapi apabila merasakan usianya telah lanjut, maka beliau mengambil inisiatif untuk memdirikan sebuah madrasah bagi mengembangkan lagi ilmu agama terutamanya kepada anak-anak penduduk setempat.

Oleh itu, beliau bersama-sama ahli jawatankuasa melalui penggabungan tiga mukim iaitu Mukim Badak, Mukim Serendah dan Mukim Belukar Luar telah berjaya menubuhkan madrasah ini dengan menyatukan buah fikiran dan tenaga dengan memungut derma daripada penduduk setempat dan membina sekolah ini secara bergotong royong

Melalui kerjasama yang diberikan oleh penduduk setempat, maka terbinalah sekolah ini dengan megahnya iaitu satu blok bangunan batu yang berdindingkan papan serta beratapkan zink di atas tapak yang telah diwakafkan oleh individu tertentu, Haji Hassan bin Haji Mat Saman, Hassan bin Merah dan Haji Hassan bin Awang yang telah diamanahkan kepada Tuan Guru Haji Che Mat untuk menguruskannya

Sebelum membuat permohonan bagi mendapat kelulusan MAIK untuk menubuhkan madrasah ini, satu Jawatankuasa Penaja telah dibentuk. Ahli jawatankuasa  ini telah dilantik oleh penduduk setempat untuk menguruskan madrasah dan mengadakan perbincangan dengan pihak yang terlibat. Antara mereka itu adalah Tuan Guru Hj Che Mad, Hj Mohd Zain, Hj Noor dan Ustaz Hj Abdul Rahman telah meminta kebenaran MAIK untuk menubuhkan madrasah ini.
Oleh kerana sekolah ini adalah sekolah yang pertama ditubuhkan di kawasan ini, maka sambutan yang di berikan oleh penduduk tempatan agak menggalakkan kerana lebih kurang 170 orang pelajar telah mendaftar untuk belajar di sekolah ini. Pelajar diambil tanpa mengira had umur mereka kerana mahu menarik minat ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini. Bilangan guru pada waktu itu ialah seramai 5 orang. Antara yang terlibat secara langsung ketika itu ialah Ustaz Hj Deraman bun Ibrahim, Ustas Hj Idris b. Salleh, ustaz Hj Seman, ustaz Hj Yusof, Ustaz Hj Yahya. Ustaz Hj Idris telah dilantik memegang jawatan sebagai pengetua yang pertama di sekolah ini.

Oleh kerana matlamat penubuhannya adalah untuk member pelajaran dan didikan agama kepada anak-anak tempatan, maka antara matapelajaran yang diperkenalkan ketika itu ialah mengenal huruf, menulis jawi, membaca Al-quran dan tajwid. Pada waktu ini tidak disediakan kerusi dan meja seperti sekarang tetapi mereka hanya disediakan sebuah meja panjang yang digunakan untuk empat orang pelajar sahaja. Kelas bermula pada pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 1.3 tengahari

Sekolah ini telah dibuka dengan rasminya pada tahun 1959 dan memerima pelajar baru yang diletakkan di dalam kelas yang berlainan, dimulai darjah satu (ibtidai) sehingga tamat darjah tiga thanawi. Kemudian mereka akan melanjutkan pelajaran mereka ke Madrasah Taqaddum Mil Ilmi, Ketereh dan Madrasah Syamsul Maarif Pulai Chondong.

Pada waktu itu, banyak masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah antaranya ialahphak sekolah tidak dapat menyediakan tandas yang baik untuk kegunaan pelajar dan guru-guru. Oleh itu, mereka terpaksa menumpang tandas di rumah penduduk kampung yang berdekatan. Pada waktu itu, gaji para guru dibayar oleh ahli jawatankuasa sekolah (AJK) sekadar yang termampu sahaja bedasarkan kepada yuran yang dikenakan kepada pelajar iaitu sebanyak satu ringgit seorang dan zakat padi yang diberikan oleh penduduk setempat.

Apabila Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) mengambil alih pentadbiran sekolah ini, maka sistem pembelajarannya adalah berdasarkan kepada sukatan pelajaran yang dikeluarkan oleh MAIK. Antara matapelajaran yang diajar ialah Bahasa Arab, Algebra, Geometri, Sains dan Bahasa Inggeris. Gaji para guru juga dibayar oleh MAIK dan pihaknya hanya member bantuan kepada sekolah ini seperti bantuan buku Bahasa Araab sahaja sementara buku akademik terpaksa dibeli di perpustakaan atau di kedai.

Pada tahun 1970 sekolah ini hampir ditutup, Ustaz Abdul Mutalib bin Idris dan beberapa orang ahli jawatankuasa berusaha membangunkan semula sekolah ini. Pada tahun 1974, sekolah ini telah diletakkan di bawah jabatan sekolah-sekolah agama Kelantan (JASA). Pada tahun ini juga tingkatan satu, dua dan tiga serta sijil peperiksaan yang pertama iaitu sijil rendah pelajaran (SRP) diperkenalkan. Maka jumlah pelajar semakin meningkat seramai 100 orang.

Pada satu April 1974, sekolah ini ditadbir sepenuhnya oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK). Pada tahun 1985, YIK telah menghantar Ustaz Murad bin Mat Amin sebagai mudir di sekolah ini. Dengan kehadiran beliau, sekolah ini semakin bersinar dan bertambah maju. Begitu juga pada tahun 90 an setelah Ustaz Mustafa Yusuf menjawat jawatan mudir, maka bermulalah pembaharuan terutamanya perkembangan fizikal sehingga sekarang.

 
HUBUNGI KAMI:

ALAMAT

SMU (A) AL-ITTIHADIAH TANJUNG PAGAR

16450 KETEREH, KOTA BHARU,

KELANTAN


 NO TELEFON
09-9770090

EMAIL:
smuaitp@gmail.com
 

1 comment: